pH Kulit Anda

Apakah makna pH kulit?

Anda mungkin masih ingat dari kelas sains dari sekolah dahulu, pH adalah nilai ukuran bagi keasidan. Tetapi apakah makna pH dalam konteks kulit anda?

Kulit anda memerlukan minyak pada jumlah tertentu untuk kekal kalis air dan tahan jangkitan. Terlalu sedikit akan mengakkibatkan kulit anda kering dan berlaku pembentukan kedutan awal; terlalu banyak pula mengakibatkan masalah kulit berminyak dan berjerawat. Minyak pada kulit anda dinamakan sebum dan ia dihasilkan oleh kelenjar sebum, saluran halus yang terletak di tepi folikel rambut.



Bagaimana pH dinilai?

pH dinilai dari nilai satu ke empat belas, yang mana pH 1 adalah berasid tinggi dan nilai pH 14 adalah beralkali tinggi, serta pH 7 adalah neutral. pH di antara 1 dan 6.9 adalah berasid dan pH di antara 7.1 dan 14 adalah beralkali.

Asid perut anda memiliki pH 1 atau 2, yang mana menjawab mengapa ketidakhadaman sangat menyakitkan - ini berpunca kerana asid menghakis dinding saluran perut anda.

pH kulit anda bersifat asid lemah, yang mana berperanan menjaga dari serangan dari bakteria dan fungus yang berbahaya. pH kulit manusia berada pada tahap optimum di 5.5, dan anda boleh menilai dengan kepingan kertas litmus.


Asid amino dan laktik dari peluh anda bercampur dengan sebum di permukaan kulit membentuk lapisan yang dikenali sebagai mantel asid (acid mantle), dengan nilai pH 4 ke 5.5.


Kerosakan pH kulit

Terdapat banyak faktor yang mengganggu kesimbangan kelembutan lapisan mantel kulit anda, samaada secara luaran dan dalaman.

Semakin meningkat usia anda, kulit anda menjadi lebih berasid kerana tindakbalas terhadap gaya hidup dan persekitaran anda.

Setiap sesuatu yang bersentuhan dengan kulit anda (produk, asap, udara, air, cahaya matahari, pencemaran udara) boleh merosakkan pH lapisan mantel kulit anda ini, mengganggu keupayaan daya tahanan kulit anda.

Penggunaan bahan kosmetik yang tajam menghakis seperti beralkohol akan menghakis lapisan mantel asid ini mengakibatkan kulit anda terdedah kepada jangkitan bakteria dan fungus.

Secara umum, berhati-hati dengan sabun yang tiada label ‘pH seimbang’ atau ‘untuk kegunaan wajah’ pada pembungkus adalah kerana semestinya tidak sesuai untuk kegunaan wajah anda.

Peranan pola pemakanan ke atas pH kulit anda

Pola pemakanan memainkan peranan penting dalam penentuan paras pH dalaman dan luaran anda. Adalah penting di sini dimaklumkan bahawa pemakanan berasid atau beralkali di dalam tubuh tidak dipengaruhi oleh pH keasidan atau kealkalian makanan itu sendiri.

Terdapat istilah yang menarik diperkatakan, makanan dianggap berasid sebelum dihadam (seperti lemon) yang membentuk kealkalian di dalam tubuh anda.

Kebanyakan produk haiwan, yang mana beralkali sebelum dihadam, dianggap membentuk keasidan di dalam tubuh anda.

Menurut pakar kulit, anda perlukan diet yang berasid lemah berbanding beralkali, atau sebaliknya, dalaman anda menjadi terlalu berasid.


Comments

Popular posts from this blog

MINYAK MASAK (SAWIT & KELAPA) UNTUK KECANTIKAN KULIT

RAWATAN JERAGAT DI MARISSA AESTHETIC

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK