MINYAK MASAK (SAWIT & KELAPA) UNTUK KECANTIKAN KULIT


Minyak sawit merah

Minyak kelapa sawit bukanlah sekadar minyak sayuran atau minyak buah untuk kegunaan masakan harian. Minyak sawit kaya dengan antioksidan seperti vitamin A dan kepekatan vitamin E yang tinggi melindungi sel kulit dan meningkatkan kesihatan keseluruhan. Kajian telah mendapati minyak sawit merah mengandungi vitamin D dan K, yang tidak terdapat di minyak lain. Kandungan nutrien kaya dalam minyak sawit merah menjadikannya sesuai untuk rambut dan kulit anda. Minyak sawit organik mengandung antibakteria semula jadi yang melawan bakteria jerawat. Menggunakan minyak sawit merah pada kulit anda boleh membantu mengekalkan kulit yang lembap dan mulus. Kekeringan sebenarnya boleh menyebabkan kulit menjadi irritasi dan sensitif, yang boleh mengakibatkan jerawat. Minyak kelapa sawit bermanfaat jika anda oleskan pada luka atau calar pada kulit anda, kerana ini akan membunuh kuman. Minyak yang memiliki ciri antibakteria ini juga baik untuk rambut dan kulit kepala anda kerana ia boleh mencegah jerawat kulit kepala dan kulit kering. Minyak sawit kaya dengan nutrien penting. Vitamin ini penting untuk rambut dan kulit yang sihat. Vitamin A dan E adalah peneutral radikal bebas dan  melawan radikal bebas, membantu melindungi dan memelihara sel-sel anda, menyebabkan rambut dan kulit lebih sihat. Rawatan muka dengan menggunakan minyak sawit merah ini sangat disyorkan untuk dilakukan sekurang-kurangnya sekali atau bahkan dua kali sebulan. Jagalah kulit anda dengan minyak sawit merah dan kulit anda akan kekal awet muda dan mulus tanpa cela.

Minyak isi putih sawit & minyak kelapa
Minyak sawit (merah) diekstrak dari buah di bahagian warna merah. Minyak isi sawit (berwarna putih) iaitu ‘Palm Kernel Oil’ dihasilkan dari isirung buah kelapa sawit (berwarna putih) di dalam buah sawit. Kedua-dua minyak ini sangat berbeza antara satu sama lain. Minyak isirung sawit sangat mirip dengan komposisi minyak kelapa dan pada dasarnya mempunyai manfaat kesihatan yang sama.

Selain dari faedah anti-penuaan yang luar biasa dimiliki oleh minyak ini, ia juga membuat kulit anda lembap dan cantik berseri semulajadi tanpa kelihatan berminyak. Inilah sebabnya bahan ini dijadikan ramuan utama bagi kebanyakan bar sabun dan krim kulit. Ia juga digunakan untuk hilangkan kutikel kulit yang kasar dan melegakan kulit gatal

Comments

Popular posts from this blog

RAWATAN JERAGAT DI MARISSA AESTHETIC

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK