Posts

Showing posts with the label rawatan jerawat

MAKANAN DAN JERAWAT

Image
Terdapat banyak faktor kepada kehadiran jerawat atau memburukkan lagi keadaan jerawat termasuk hormon, genetik dan stress serta bakteria.  Makanan punca jerawat Adakah jerawat berkait dengan makanan? Tentu anda  pernah  dengar kempen  kesihatan menjauhi makanan manis, berlemak dan bergoreng serta makanan ringan yang tidak berkhasiat. Anda juga sediamaklum bahawa amalan pemakanan ini boleh memudaratkan kesihatan, tidaklah diwar-warkan pula menyebabkan terjadinya jerawat mahupun bertambah teruk. Namun sebenarnya kajian juga menunjukkan makanan berasaskan produk tenusu dan tinggi kandungan gula boleh mencetuskan jerawat. Kedua-dua jenis kumpulan makanan bergula dan mengandungi produk tenusu mengakibatkan peningkatan pengeluaran hormon tertentu yang mengakibatkan terjadinya jerawat. Produk tenusu merangsang pengeluaran hormon lelaki (dari kumpulan testosteron dan androgen) dan meningkatkan paras insulin sepantas seperti makanan menambah paras gula ...

Senaman Regangan Sebelum Tidur

Image
Senaman regangan Waktu tidur merupakan waktu yang dinantikan oleh setiap individu setelah seharian penat bekerja. Kadang kala sesorang itu mengambil masa yang lama untuk nyenyak tidur. Melakukan senaman regangan sebelum tidur boleh diamalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Senaman regangan atau “stretching” adalah senaman yang dilakukan dengan memanjangkan otot-otot bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dalam pelbagai gerakan. Senaman regangan juga penting dalam dalam program rehabilitasi. Ia membantu membantu menyediakan badan untuk bersedia berhadapan dengan aktiviti yang seterusnya. Melakukan senaman regangan selepas melakukan aktiviti memberikan banyak kebaikan kepada badan kita. Bagi individu yang bekerja, mereka cenderung untuk berasa stress denga kerja-kerja seharian mereka. Senaman regangan sebelum tidur ini boleh merehatkan minda mereka di samping dapat meregangkan otot-otot. Badan dan otak akan menjadi relaks dan memudahkan anda tidur dengan selesa. Sena...

Kenali Jerawat

Image
Kenali Jerawat Anda Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel – sel kulit yang telah mati menyumbat liang – liang kulit anda. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan), jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana) dan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk). Sebab Jerawat Tumbuh? Kebiasaanya jerawat terjadi apabila minyak dan sel -sel kulit yang mati tersumbat di liang kulit anda. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini, ia akan menyebabkan kemereh – merahan , bengkak dan nanah akan terhasil. Kebanyakan orang akan mengalami jerawat pada usia remaja. Antara sebab jerawat tumbuh ialah kerana perubahan hormon. Biasanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akil baligh. Apabila mereka memasuk...