pH Kulit Anda
Apakah makna pH kulit ? Anda mungkin masih ingat dari kelas sains dari sekolah dahulu, pH adalah nilai ukuran bagi keasidan. Tetapi apakah makna pH dalam konteks kulit anda? Kulit anda memerlukan minyak pada jumlah tertentu untuk kekal kalis air dan tahan jangkitan. T erlalu sedikit akan mengakkibatkan kulit anda kering dan berlaku pembentukan kedutan awal; terlalu banyak pula mengakibatkan masalah kulit berminyak dan berjerawat. Minyak pada kulit anda dinamakan sebum dan ia dihasilkan oleh kelenjar sebum, saluran halus yang terletak di tepi folikel rambut. Bagaimana pH dinilai? pH dinilai dari nilai satu ke empat belas, yang mana pH 1 adalah berasid tinggi dan nilai pH 14 adalah beralkali tinggi, serta pH 7 adalah neutral. pH di antara 1 dan 6.9 adalah berasid dan pH di antara 7.1 dan 14 adalah beralkali. Asid perut anda memiliki pH 1 atau 2, yang mana menjawab mengapa ketidakhadaman sangat menyakitkan - ini berpunca kerana asid mengha...