Kolagen Dalam Tubuh Anda

Kolagen adalah protein

Anda mungkin pernah mengambil makanan kesihatan daripada kolagen untuk kesihatan & kecantikan rambut, kulit atau kuku.
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat berjenis-jenis produk kesihatan kolagen dan jenis apakah pula yang baik diambil bersama atau berasingan dari setiap satu jenis ini?
Pernahkah anda tahu bahawa selain dari air, tubuh anda juga mengandungi banyak kolagen dan merupakan bahan utama untuk kulit, tendon, dan tulang?
Kolagen yang berbeza mengandungi protein yang berbeza yang mana membezakan fungsi di dalam tubuh anda. Terdapat berjenis-jenis kategori kolagen, namun begitu tubuh anda terbina dari 80% hingga 90% dari 3 jenis kolagen yang utama.


3 Jenis UTAMA Kolagen :

Kolagen Type I : Jenis paling banyak di dalam tubuh anda dan dikenali sebagai “major matris protein” bagi 90% bahan untuk kulit, rambut, organ-organ.
Kolagen Type II : Bahan utama untuk rawan lutsinar (translucent cartilage) iaitu Hyaline Cartilage, 50% bahan utama untuk semua protein rawan (cartilage protein). Vitreous humour iaitu gel jernih di dalam bola mata anda.
KLIK SAYA UNTUK ORDER MARISSA YOUNG DRINK (PURE COLLAGEN DRINK) 


Kolagen Type III : Jenis ini adalah jenis kedua terbanyak di dalam tubuh anda. Kolagen Type III ini paling tinggi jumlahnya ketika anda masih bayi dan kanak-kanak, membuatkan kulit anda waktu itu adalah sangat lembut dan gebu. Ianya adalah fiber protein dalam tulang, rawan (cartilage), tulang padat (dentin), tendon, dan lain-lain tisu sambungan (connective tissue); apabila dididihkan maka terhasillah gelatin. Secara semulajadi, semakin anda membesar, kolagen Type III perlahan-lahan digantikan oleh Kolagen Type I yang lebih keras dan kuat.
Ketiga-tiga jenis utama kolagen ini mengandungi 19 amino acids yang bertanggungjawab bagi pertumbuhan dan pemuliharaan tubuh anda, dengan peratusan tertinggi biasanya terdiri dari glycine, proline, dan hydroxyproline yang mana terdapat dalam kulit dan otot.


Kenapa anda perlukan makanan kesihatan kolagen sekiranya tubuh anda menghasilkan kolagen?

Masa yang berlalu, usia yang meningkat, paras ideal kolagen di dalam tubuh anda yang dihasilkan secara semulajadi itu mula berkurangan. Kemusnahan fiber kolagen atau tiada lagi penghasilan kolagen ini, menyebabkan berkurangan keanjalan pada permukaan kulit.
Kesan pengurangan Kolagen Type II adalah kurang kelihatan dan kerap tidak disedari atau dianggap normal bagi peningkatan usia.
Kajian mendapati apabila usia mencecah 40 tahun, kemampuan tubuh anda menghasilkan kolagen mengurang 25%. Pada usia 60 tahun, ianya berkurangan melebihi 50%.
Meskipun penghasilannya dari unsur ‘non-essential amino acids’, bekalan penghasilan kolagen semulajadi ini tidak dapat memenuhi permintaan tubuh anda untuk penggantian struktur-struktur yang telah rosak dan mati.
Walaupun bekalan tambahan kolagen boleh didapati dari pemakanan (makanan dari sumber haiwan seperti daging bergelatin, rawan pada tulang seperti peha (rumsticks) ayam, dan kulit dari ternakan), anda mungkin tidak tertarik atau tidak berselera untuk makan dengan cukup bagi membantu keperluan tubuh anda setiap hari.


Aturan pengambilan makanan kesihatan kolagen

Ia dikategorikan oleh kebaikan yang diberikan kepada jenis-jenis kolagen yang membina tubuh anda. Kolagen Type I & III boleh diambil bersama serentak untuk membantu penjagaan kesihatan bagi kulit, otot, tulang, dan rambut serta kuku.
Kolagen Type II pula untuk kesihatan bendalir dan fungsi rawan(cartilage) dan sendi. Kolagen Type II ini perlu diambil berasingan dari Type I & Type III bagi memastikan ianya dapat diserap dengan baik oleh tubuh anda.

Comments

Popular posts from this blog

MINYAK MASAK (SAWIT & KELAPA) UNTUK KECANTIKAN KULIT

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK

RAWATAN JERAGAT DI MARISSA AESTHETIC