Marissa Hit Fibre membantu anda menurunkan berat badan

Produk tinggi serat Marissa Hit Fibre

  


Baru-baru ini Marissa Aesthetic memperkenalkan produk yang hebat iaitu Hit Fibre yang terdiri dari serat.

Serat mempunyai banyak kebaikan seperti membantu memberikan rasa kenyang, membawa kepada makan yang tidak berlebihan serta pengambilan kalori yang rendah. Ini hanya sebahagian kecil sahaja tentang kebaikan serat dalam hidangan makanan.

Selain membantu dalam proses pencernaan, serat juga membantu dalam merendahkan paras kolestrol, membuatkan paras gula dalam darah menjadi stabil yang mana menyumbang kepada kesihatan yang baik ketika umur lanjut adalah sesuatu yang sangat diidamkan oleh setiap orang.

Oleh kerana serat sangat penting dalam setiap hidangan makanan, timbul persoalan tentang jenis serat apakah yang diperkatakan? Serat sebenarnya terbahagi kepada dua jenis kategori utama iaitu serat larut dan serat tidak larut.

Setiap satunya memainkan peranan yang penting dalam proses penghadaman dan kedua-duanya perlu dimakan setiap hari. Sementara itu, apakah sebenarnya perbezaan di antara kedua jenis serat ini?

Perbezaan utama di antara kedua jenis serat ini berkait rapat dengan nama pengkelasannya itu sendiri iaitu serat larut ialah serat yang boleh larut di dalam air manakala serat tidak larut adalah sebaliknya. Walaubagaimanapun ia hanyalah satu dari pelbagai sudut perbezaan sahaja. Kedua-duanya memainkan jenis peranan yang berbeza di dalam proses penghadaman.


Mengawal paras gula dan kolesterol di dalam darah
Marissa HitFibre mengandungi kandungan serat larut jagung dan ianya juga menambahkan berbagai kebaikan, seperti boleh membantu mengurangkan kolesterol dengan cara ianya memerangkap kolesterol di dalam saluran sistem penghadaman dan membawanya keluar dari tubuh seseorang oleh serat larut jagung yang telah menyerap air lalu bertukar menjadi jeli.  

Ia menstabilkan paras gula di dalam darah apabila campuran serat larut dengan gula, karbohidrat (karbohidrat terurai menjadi gula) dan kolesterol yang diperangkap itu tiba ke bahagian usus, gula yang terperangkap akan dilepaskan secara perlahan serta diserap masuk ke saluran sistem peredaran darah dan ini membantu pengawalan paras gula dalam darah kepada tahap yang sihat lalu menjauhkan anda dari menghidapi penyakit kencing manis manakala terhindar penyakit jantung melalui penurunan paras LDL dan Total Kolesterol.


Menghalang penyerapan karbohidrat oleh tubuh
Manakala kandungan ekstrak kacang ginjal putih di dalam Marissa Hit Fiber pula berperanan dalam penghasilan bahan yang dinamakan alpha-amylase inhibitor (alpha-AI) yang mana menghalang proses penyerapan karbohidrat oleh tubuh dengan mengganggu enzim penghadaman iaitu enzim amylase memproses karbohidrat berkanji di dalam usus kecil dan ini memperlahankan penghasilan gula lalu penyerapan gula ke dalam saluran darah menjadi perlahan.


Mengawal selera makan
Marissa HitFiber turut mengandungi Garcinia Cambogia yang mengandungi HCA (Hydroxyctric Acid) dengan kebaikan yang sangat bermanfaat kepada anda.

Ia menghalang enzim adenosine triphosphate-citrate (pro-35)-lyaase, atau ATP citrate (pro-35) menukarkan tenaga tersimpan kepada lemak. Ini bermakna tubuh anda memiliki banyak ATP kerana enzim ini terhalang dari memusnahkanna dan akan membakar karbohidrat dan gula dari menyimpannya kepada lemak. Oleh itu karbohidrat akan dibakar dengan lebih cepat. Stamina turut ditingkatkan dengan menghalang penghasilan lemak baru; jadi lemak terkumpul sebelumnya dibakar menjadi tenaga, sementara pada masa yang sama merendahkan kolesterol dan triglicerides.

Pada masa yang sama Hydroxycitric Acid meransang penghasilan paras serotonin di dalam otak, memperbaiki emosi gembira dan meningkatkan perasaan bahagia anda. Hydroxycitric Acid turut mempengaruhi fungsi saraf (neuropeptide Y) dengan mengurangkan keinginan melonjak terhadap makanan berlemak dan merendahkan selera juga keinginan makan.

Marissa Hit Fibre mengandungi kandungan yang berpatutan bagi serat dan Garcinia Cambogia ini bagi mengoptimumkan prestasi Garcinia Cambogia kerana kuantiti serat yang berlebihan akan menghalang penyerapan Hydroxycitric Acid ini oleh tubuh anda.

Kandungan bahan oxypregnane steroidal glycoside yang dipanggil Hoodia P57 di dalam tumbuhan berasal dari Afrika iaitu Hoodia Gordinii pula bertindak sebagai perencat selera makan yang mana dipercayai dapat membantu dalam penurunan selera makan kerana anda akan merasa kenyang yang panjang. Ia membantu penghasilan adenosine triphosphate (ATP) yang apabila diuraikan lalu menjadi tenaga untuk kegunaan tubuh bagi proses metabolik. Peningkatan paras ATP akan membuat hypothalamus dengan serta merta menghantar signal kepada otak untuk memberitahu bahawa anda telah cukup makan dan membuatkan anda berasa kenyang. Hoodia bekerja dengan cara menipu tubuh untuk berasa kenyang, yang mana seterusnya membantu membantut selera makan dan mengurangkan jumlah kalori terkumpul. Umum mengetahui bahawa glukosa meningkatkan paras ATP dan merencat selera, tetapi Hoodia tidak seperti glukosa, kerana Hoodia P57 tidak mengandungi kalori.


Meningkatkan metabolisma
Marissa Hit Fibre dengan kandungan ekstrak daun teh hijau di dalamnya yang mana selain terkenal mengandungi kafein yang diketahui baik dalam pembakaran lemak dan tinggi kandungan catechins iaitu antioksida yang hebat, juga turut kandungan terpenting di sini iaitu EGCG (Epigallocatechin gallate) iaitu bahan yang dapat meningkatkan metabolisma.

L-Carnitine sebagai makanan kesihatan tambahan di dalam Marissa Hi Fibre membantu dalam penurunan berat badan kerana fungsi utamanya dalam membawa lemak ke mitokondria untuk proses metabolisma bagi menukarkan lemak kepada tenaga. Kekurangan L-carnitine mengakibatkan makanan berlemak tidak dapat ditukarkan menjadi tenaga lalu terjadilah pengumpulan lemak berlebihan di dalam tubuh. Selain itu, L-carnitine juga dapat menambah kecekapan insulin ke atas sel-sel otot lalu lebih banyak glukosa menjadi tenaga.
Oleh itu Marissa hit Fibre dapat meningkatkan kecekapan tubuh menjana tenaga dari makanan.

Kandungan asid oleh lemon di dalam Marissa Hit Fibre membantu memperlahankan proses pencernaan makanan yang mana membantu kepada penyerapan nutrien dengan lebih efektif ke dalam tubuh anda. Semakin panjang tempoh penyerapan nutrien ini dapat mengawal peningkatan insulin dari mendadak dan dapat mempertingkatkan lagi pencernaan makanan.

Menyahtoksin keluar dari tubuh
Polyphenols di dalam lemon pula merangsang hati mengeluarkan enzim yang membantu menguraikan toksin serta menyahkan toksin keluar dari tubuh. Anda terdedah kepada toksin dari sehari ke sehari samada melalui udara yang dihirup, produk kecantikan, produk pembersihan & penjaggan diri serta rumah seperti pencuci lantai, pakaian dan tidak lupa juga dalam pemakanan harian mahupun sayuran dan buahan yang diawet untuk tahan lebih lama atau penggunaan racun juga baja.

Untuk pengetahuan anda, toksin ini kemudiannya berkumpul dengan lemak kerana berlambakan kuantiti toksin yang memasuki organ hati anda sehingga membahayakan organ yang lain lalu tubuh anda melakukan backup plan dengan memerangkap dan mengunci toksin tersebut ke dalam sel-sel lemak terkumpul di dalam tubuh terlebih dahulu untuk diuraikan kemudian apabila organ hati tidak lagi dilimpahi toksin yang mana ia melimitkan dan menyukarkan penurunan berat badan.

Lemak bertoksin ini boleh terbentuk sejak seawal anda berada di dalam kandungan ibu lagi dan berterusan terbentuk dan bertambah seiring dengan peningkatan usia. Mari bersama membayangkan keadaan organ hati anda yang sangat sibuk menyahtoksin seharian hingga yang terdahulu pun masih belum dikumuh, yang terbaru pula sudah perlu dikuncikan menjadi lemak bertoksin oleh tubuh anda.

Jadi sudah semestinya tubuh anda memerlukan bantuan untuk menyahtoksinkan untuk menurunkan berat badan dengan jayanya, iaitu Marissa Hit Fibre.

Melancarkan sistem pembuangan
Aloe vera juga turut membantu tubuh anda menyahtoksin dengan cara jelinya menyerap toksin di dalam saluran sistem pencernaan anda lalu menyahaktifkannya lantas mengangkutnya keluar dengan pantas yang bertindak sebagai laksatif iaitu melancarkan sistem pembuangan anda. Selain itu dengan kebaikan vitamin B di dalamnya yang memainkan peranan penting untuk meningkatkan metabolisma, aloe vera juga menghentikan pembentukan lemak dalam tubuh anda juga merencatkan selera makan. Ekstrak aloe vera di dalam Marissa Hit Fibre juga membantu memberikan rasa kenyang yang lama dan ini dapat membantutkan anda dari makan berlebihan yang seterusnya membantu anda mendapatkan berat badan idaman.

Melawan sindrom metabolik
Setiap sachet Marissa Hit Fibre mengandungi kebaikan dari ekstrak buah pic. Sebiji buah pic yang bersaiz sederhana mengandungi 2 gram serat larut dan tidak larut. Selain dari kaya dengan serat, juga turut mengandungi vitamin B complex juga bahan phenolic yang mana akhirnya membantu penurunan berat badan. Ia juga diuretic yang kuat membuatkan anda membuang air selain melancarkan sistem pembuangan. β-cryptoxanthin di dalamnya sangat membantu menghalang kematangan bagi tisu lemak anda yang seterusnya menghalang terjadinya kegemukan dan paling utama melawan sindrom metabolik. Jadi, anda tidak patut lepaskan peluang untuk mendapatkan kesemua kehebatan khasiat ini hanya dengan Marissa Hit Fibre.
 




Testimoni Marissa Hit Fibre




Rawatan Estetik
Namun begitu jika anda masih gagal menurunkan berat badan anda walaupun sudah berdiet dengan betul dan aktif beriadah, Marissa Aesthetic menyediakan rawatan estetik sebagai jalan terbaik tidak ketinggalan Pakej Slimming Guarantee or Money Return Back. Bagi anda yang memilih cara seperti selebriti ternama untuk menjadi kurus serta merta, Marissa Aesthetic turut menyediakan laser lipolisis iaitu pencairan dan pembuangan lemak secara invasif. Untuk info lanjut sila klik Rawatan Pelangsingan atau Rawatan Laser Lipolisis.


Comments

Popular posts from this blog

MINYAK MASAK (SAWIT & KELAPA) UNTUK KECANTIKAN KULIT

RAWATAN JERAGAT DI MARISSA AESTHETIC

PENGALAMAN PERTAMA SAYA BUAT RAWATAN DI MARISSA AESTHETICS SAYA MERASAKAN SANGAT SERONOK