MAKANAN DAN JERAWAT
Terdapat banyak faktor kepada kehadiran jerawat atau memburukkan lagi keadaan jerawat termasuk hormon, genetik dan stress serta bakteria.
![]() |
Makanan punca jerawat |
Adakah jerawat berkait dengan makanan?
Tentu anda pernah dengar kempen kesihatan menjauhi makanan manis, berlemak dan bergoreng serta makanan ringan yang tidak berkhasiat. Anda juga sediamaklum bahawa amalan pemakanan ini boleh memudaratkan kesihatan, tidaklah diwar-warkan pula menyebabkan terjadinya jerawat mahupun bertambah teruk. Namun sebenarnya kajian juga menunjukkan makanan berasaskan produk tenusu dan tinggi kandungan gula boleh mencetuskan jerawat.
Kedua-dua jenis kumpulan makanan bergula dan mengandungi produk tenusu mengakibatkan peningkatan pengeluaran hormon tertentu yang mengakibatkan terjadinya jerawat. Produk tenusu merangsang pengeluaran hormon lelaki (dari kumpulan testosteron dan androgen) dan meningkatkan paras insulin sepantas seperti makanan menambah paras gula dalam darah (gula dan karbohidrat berkanji) menaikkan paras insulin.
Hormon androgen dan insulin ini mendorong kulit menghasilkan jerawat.
Comments
Post a Comment