JERAWAT DEGIL DI USIA DEWASA (20AN KE ATAS)
Jerawat boleh berpunca dari faktor gaya kehidupan seperti reaksi tidak diingini kepada mekap atau produk penjagaan kulit, peluh, minyak dari rambut, dan bermacam lagi.
Tetapi bagaimana pula masalah jerawat degil yang berterusan di wajah anda tanpa putus berganti-gantian walaupun jerawat yang terdahulu pun masih belum dapat diatasi. Mengikut pakar dermatologi, punca utama kepada masalah anda ini ialah kulit yang berminyak, bakteria penyebab jerawat, sel kulit mati tersumbat di dalam pori, dan bengkak. Ketidakseimbangan hormon, tekanan emosi juga turut menjadi penyebabnya.
Bengkak
Bengkak terjadi akibat tindakbalas dari sistem immune tubuh anda, yang mana terjadi apabila terancam. Bagi situasi masalah jerawat, tubuh anda menerima ancaman dari bakteria. Apabila pori anda membengkak, sekitar pori itu akan menjadi merah dan mula membesar.
Tekanan Emosi
Penyelidik dari Toyama Medical & Pharmaceutical University menyatakan terdapat banyak saraf yang merembeskan unsur P di dalam tubuh pesakit yang dikaji dan mengaktifkan kelenjar sebum. Unsur P ini menyebabkan kelenjar sebum mengeluarkan minyak dan menyokong pembentukan jerawat dan pori tersumbat, serta menggalakkan pembengkakan.
Ketidakseimbangan Hormon
Kesensitifan terhadap hormon androgen (hormon lelaki) dan paras hormon androgens yang tinggi boleh menyebabkan jerawat sama ada anda lelaki mahupun wanita.
Apabila hormon androgen, termasuk juga hormon testosteron, terlebih merangsang kelenjar sebum boleh akibatkan kelenjar itu mengeluarkan terlalu banyak minyak dikenali sebagai sebum. Minyak yang terallu banyak boleh membuatkan pori dan folikel rambut anda tersumbat, membuatkan bakteria berkampung.
Ketidakseimbangan hormon perempuan (estrogen) pada lelaki dan wanita juga boleh menyebabkan jerawat.
Faktor pemakanan (klik)
Makanan yang boleh meningkatkan paras tinggi kandungan gula dalam darah dan makanan yang berasaskan tenusu boleh menyumbang terjadinya jerawat. Makanan yang tinggi kandungan lemak tidak baik (bad fats) juga menjadi faktor.
Terlalu sedikit atau terlalu banyak bersenam
Anda pasti terkejut, terlalu banyak bersenam boleh mendatangkan masalah jerawat? Benar, bersenam dengan berlebihan boleh menyebabkan masalah jerawat sekiranya bersenam sehingga anda membuatkan tubuh anda tertekan atau dalam kata lain terlebih latihan (sukan), serta beberapa kategori latihan (sukan) boleh akibatkan peningkatan paras hormon androgen (hormon lelaki) bagi lealaki mahupun wanita.
Comments
Post a Comment